Wednesday, June 29, 2022

Ejen judi dalam talian ditahan

Secara Rawak

BAU: Dua remaja perempuan disyaki ejen judi dalam talian ditahan dalam serbuan berasingan Pekan Tondong, Jalan Bau-Lundu, di sini Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, tangkapan dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau antara jam 1.30 petang hingga 4.15 petang.

“Kedua-dua suspek yang ditahan berumur 18 dan 19 tahun dan tiada rekod kesalahan lampau.

“Polis turut merampas dua unit telefon pintar, dua keping kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru