Friday, July 1, 2022

Cubaan Pas asingkan Presiden Umno tak akan berjaya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan beranggapan tindakan berterusan beberapa pimpinan Pas yang menyerang beberapa pimpinan UMNO termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuatkan UMNO tidak mempunyai pilihan.

Dengan memberikan contoh tertentu, Shahril menerusi perkongsian di Facebook berpandangan tindakan seumpama itu tidak akan ke mana terutama berkaitan soal Muafakat Nasional (MN).

Terbaharu,  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memperlekeh Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berada dalam situasi ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana kononnya Presiden menolak MN.

“Andai kata UMNO dan PAS tidak bersama-sama dalam pakatan politik, ia akan menjadi keputusan parti. Bukan keputusan Presiden seorang,” kata Shahril.

Justeru, jelasnya, usah cuba pecah belahkan atau cuba “isolate” Presiden UMNO di mata ahli UMNO. Cuba mengajak orang UMNO sendiri marah kepada Presiden berhubung hal MN. Tidak akan berjaya.

Oleh itu, katanya lagi,  PAS tak perlu pandang jauh untuk cari sebab utama MN berada dalam nyawa-nyawa ikan. Hanya perlu semak tindakan PAS sendiri seperti kenyataan Sanusi.

Maka, jika ikhlas mahu cuba selamatkan MN. Jika masih ada jalan yang hendak dicari, setidak-tidaknya, menurut beliau:

– Berhenti dengan serangan misalnya yang terbaharu ini apatah lagi label seperti “UMNO itik patah kaki” dan “Presiden UMNO ahli sihir”

– Berhenti dakwa hanya dua tiga orang tolak MN atau hendak kira-kira berapa orang sokong/tak sokong MN. Untuk makluman, UMNO tidak buat keputusan pakatan politik ikut rasa individu.

– Yang pasti, bukan dua tiga orang yang menolak kerjasama pakatan politik PRU15 dengan PN. Mohon hormati keputusan itu.

“Barulah boleh ada sedikit sinar untuk diselamatkan. Tetapi kalau nada berterusan macam ini, anda akan membuatkan UMNO dengan tiada pilihan,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru