Wednesday, June 29, 2022

Bawa anak dapatkan bantuan

Secara Rawak

KUCHING: Lebih 100 peserta menyertai jerayawara kawasan berisiko tinggi (KBT) di Flat Taman Dahlia Matang, Sabtu.

Pengarah AADK Sarawak Iskandar Turkee berkata, program ini memberi pendedahan dalam usaha mengekang masalah sosial berkaitan isu penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.

“Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru namun ia memerlukan pendekatan tepat untuk membimbing semula individu yang terlibat dalam masalah ini.

“Ini kerana tidak semua bekas penagih ataupun individu yang terlibat dalam masalah ini akan terus hanyut dan tidak berubah,” katanya pada Jerayawara Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Flat Taman Dahlia, Matang di sini, kelmarin.

Menurutnya, terdapat individu ini yang bangkit semula malah menjadi orang berjaya termasuk menjadi usahawan dan sebagainya setelah dibimbing dengan baik.

Katanya, masalah penyalahgunaan dadah berpunca daripada pelbagai faktor tanpa mengira status dan latar belakang keluarga.

“Ahli keluarga individu yang terlibat dalam masalah ini hendaklah tidak berasa malu untuk membawa anak-anak mereka kepada pihak AADK agar dapat dibantu dengan segera.

“Ini untuk mengelakkan mereka terus terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat dan memberikan kesan negatif kepada diri, masyarakat dan keluarga,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru