Wednesday, June 29, 2022

Amalan seks tak selamat: 90% penghidap  HIV/AIDS  lelaki

Secara Rawak

KUALA BERANG: Sebanyak 90% penghidap HIV/AIDS di negara ini terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan, Dr Anita Suleiman.

Beliau berkata, sehingga Disember 2020, seramai 125,878 pesakit HIV/AIDS berdaftar di seluruh negara untuk mendapatkan penjagaan dan rawatan dengan pihaknya.

Katanya, lelaki menjadi penyumbang terbesar daripada jumlah itu akibat penggunaan jarum untuk suntikan bagi penagihan dadah dan amalan seks tidak selamat, terutama melibatkan golongan homoseksual.

“Data terkumpul dari 1986 hingga 2020 menunjukkan bilangan kes HIV/AIDS melibatkan golongan perempuan dan kanak-kanak adalah rendah, iaitu 14,213 orang berbanding lelaki.

“Sebanyak 60% penghidap HIV/AIDS pula terdiri daripada golongan muda berusia 29 hingga 39 tahun,” katanya pada Majlis Hari Raya Rumah Baitul Cakna di Kampung Pelandan semalam seperti dipetik Bernama.

Anita berkata, pihaknya juga menganggarkan jumlah sebenar penghidap HIV dan AIDS di Malaysia jauh lebih besar daripada angka yang direkodkan kerana ramai pesakit malu untuk tampil mendapatkan rawatan berikutan persepsi negatif masyarakat.

“Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV dan AIDS masih tebal, walaupun pada hakikatnya penyakit ini sudah tidak berbahaya dan menyebabkan jangkitan dalam masyarakat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru