Wednesday, June 29, 2022

1,817 kes baharu Covid-19, 35 di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,817 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara  dengan dua kematian semalam.

Menurut KKM, dengan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 4,491,320 kes.

Kes aktif pada masa ini sebanyak 26,511 kes, meningkat 18.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sebanyak 91 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini.

Kes baharu Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (768)

Kuala Lumpur (331)

Pulau Pinang (140)

Melaka (104)

Negeri Sembilan (98)

Perak (85)

Johor (69)

Kedah (52)

Sabah (43)

Putrajaya (36)

Sarawak (35)

Pahang (22)

Kelantan (15)

Terengganu (12)

Perlis (6)

Labuan (1)

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru