Sunday, June 26, 2022

Tarik pelabur ke luar bandar

Secara Rawak

KUCHING: Pelbagai kemudahan dibina bagi menarik pelabur ke kawasan Mukah termasuk Matadeng, sekali gus menyokong aktiviti sosioekonomi di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, kemudahan yang disediakan ini akan meningkatkan lebih banyak aktiviti sosioekonomi seperti perniagaan dan pelancongan serta peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Antara kemudahan yang dibina ialah dua loji penjana kuasa arang batu dan lapangan terbang baharu Mukah bagi menyokong aktiviti sosioekonomi di kawasan tersebut.

“Pada masa sama, usaha untuk menyediakan pekerja terlatih untuk keperluan industri melalui pembinaan pelbagai pusat institusi pengajiantinggi dan institusi latihan teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan perancangan pelaburan jangkapanjang kerajaan untuk menambah lebih banyak industri bertapak di Estet Perindustrian Bersepadu Matadeng, ketika Persidangan Dun Ke-19 di sini, semalam.

Tambahnya, terdapat juga program atau projek lain yang dilaksanakan menerusi kementeriannya bagi membantu golongan usahawan di kawasan Balingian.

Menurutnya, sebuah premis Anjung Usahawan di Balingian akan dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk menjadi sebuah pusat pemprosesan dan jualan produk tempatan bagi usahawan kecil dan sederhana.

Mengulas lanjut, Matadeng merupakan nod atau titik tumpuan strategik dalam koridor pembangunan Score terutama sekali dalam zon pesisir pantai Mukah – Balingian.

“Perancangan untuk melaksanakan Matadeng Industrial Park buat masa in belum dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Recoda akan menyemak semula keperluan untuk melaksanakan Matadeng Industrial Park.

“Bagaimanapun, beberapa projek dilaksanakan di kawasan sasaran seperti Medan Selera Matadeng yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dan Skim Pembesaran Kampung Matadeng dalam pelaksanaan Jabatan Tanah dan Survei,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru