Sunday, June 26, 2022

SUPP sedia pertahan tujuh kerusi tradisi

Secara Rawak

KUCHING: Presiden SUPP, Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian semalam menegaskan, parti paling tua di Sarawak itu sedia mempertahankan tujuh kerusi parlimen tradisi milik parti berkenaan.

Tujuh kerusi tradisi SUPP ialah Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.

Sambil menyatakan bahawa parti yang ditubuhkan pada 1957 itu bersedia menghadapi PRU-15 beliau menegaskan: “PRU-15 penting bagi memastikan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.”

Jelansya, berdasarkan perkembangan politik semasa berlaku di Semenanjung, beliau menjangkakan bahawa PRU-15 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan SUPP ke-25 di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sementara itu, beliau berkata, semua Adun SUPP sentiasa bergerak asktif di akar umbi selepas PRN-12 lalu untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

DR Sim berkata, beliau juga kerap turun ke padang bersama-sama dengan Adun SUPP untuk menyelami masalah dan aspirasi rakyat dalam usaha untuk membantu mereka.

Beliau bderkata, SUPP dan pBB yang telah menjalin kerjasama sejak 1970 sentiasa ‘timbul dan tenggelam’ bersama termasuk ketika mengharungi gelora politik PBB pada 1987 dan ketika SUPP berdepan ujian dan cabaran pada 2013 dan 2015.

Tanpa diragui tegasnya, SUPP dan PBB ialah rakan setia untuk lebih 50 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru