Sunday, June 26, 2022

Saksikan video wanita licik curi dompet mangsa

Secara Rawak

Pencuri yang licik dan mahir mampu mencuri barangan anda tanpa menimbulkan rasa curiga.

Sebuah video dikongsi di Instagram menunjukkan kelicikan pencuri sehingga tidak disedari mangsa.

Dalam video terbabit, wanita pertengahan umur mencuri dompet beg wanita lain di sebuah kedai.

Aksinya yang licik dan bersahaja dirakam CCTV kedai tersebut.

Pencuri wanita itu memasuki kedai yang agak sesak, yang memberi peluang luas kepadanya untuk melakukan modus operandinya.

Dia ke kaunter kedai bersebelahan wanita yang sudah terlebih dahulu berada di situ, dan sengaja melanggarnya.

Suspek kemudian meminta sesuatu dari pemilik kedai, dan sementara menunggu, dengan pantas dia memasukkan tangannya ke dalam beg wanita tua tersebut.

Semasa menerima barang yang dipinta, dengan pantas dia memasukkan beg mangsa ke dalam begnya sendiri.

Selepas misinya selesai, suspek berlalu pergi dengan santai.

Wanita yang menjadi mangsanya bagaimanapun masih tidak sedar tentang kehilangan beg duitnya.

https://www.instagram.com/p/CddgLuUA3QO/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru