Tuesday, June 28, 2022

RUU Dana Berdaulat dibentang di DUN November depan

Secara Rawak

KUCHING: Rang Undang – Undang berkaitan  penubuhan Dana Berdaulat Sarawak akan dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, satu undang-undang baharu perlu digubal untuk menyelia dana berkenaan bagi menjaga kepentingan dan masa depan anak Sarawak.

“Kita mahu melaksanakan Dana Berdaulat itu sebagai simpanan bagi ekonomi negeri pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kawasan DUN Samariang di sini malam tadi.

Abang Johari baru-baru ini mengumumkan Kerajaan Sarawak akan mengumumkan keputusan untuk mewujudkan dana berdaulat sendiri setelah kajian mengenainya dibuat.

Beliau berkata, dana berdaulat adalah penting, dalam usaha negeri itu untuk menguruskan pendapatan dengan lebih baik, demi masa hadapan Sarawak.

“Apabila ekonomi berkembang, pendapatan berkembang, dana ini akan memberikan pendapatan yang baik kepada negeri kita.

“Sekarang kajian masih dibuat, selepas kajian dibuat mudah-mudahan kita dapat seperti negara Norway. Pengurusan yang cermat, telus dalam menguruskan harta, aset dan membangun untuk masa hadapan,” katanya baru-baru ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru