Sunday, June 26, 2022

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT Meningkat lapan kes

Secara Rawak

SIBU: Bahagian Sibu merekodkan sebanyak 48 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Januari sehingga 15 Mei tahun ini.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam satu kenyataannya semalam berkata, ia meningkat sebanyak lapan kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Menurutnya, peningkatan itu disebabkan pergerakan dan interaksi orang ramai berikutan pembukaan semula sektor ekonomi.

“Penyakit ini merebak daripada manusia ke manusia. Terdapat banyak kes subklinikal yang membawa virus tetapi tidak sakit, menjadikannya sukar untuk membendung penyakit itu,” kata kenyataan itu Rentetan itu jelasnya, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu menasihati supaya memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan tangan untuk mengelakkan HFMD.

“Pemakaian pelitup muka dan kebersihan tangan adalah satu-satunya cara untuk mengurangkan penularan HFMD,” tambahnya.

Dalam kes berasingan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu berkata, sebanyak 31 kes denggi direkodkan di bahagian Sibu dari 1 Januari hingga 15 Mei tahun ini, juga disebabkan pembukaan semula sektor ekonomi.

22Tambahnya, jumlah kes denggi dijangka meningkat ke tahap sebelum pandemik berikutan pembukaan semula kebanyakan perniagaan dan pergerakan orang

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru