Sunday, June 26, 2022

Pemeriksaan polis temui syabu

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditangkap sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Marudi disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi jalan Beluru-Long Teru, Lapok Tinjar, Baram.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, tangkapan dilakukan pasukan itu dalam satu serbuan sekitar jam 9.30 malam, Khamis lepas.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, pihak polis telah menemui dan merampas barang kes berupa satu bungkusan plastik lut sinar berisi dua paket plastik lut sinar, masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kemudian ditahan di Balai Polis Marudi dan akan direman untuk membantu siasatan susulan.

Dalam pada itu, Mohd Ruslan mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan serbuan terutama anggota polis IPD Marudi yang terlibat atas kejayaan tangkapan dadah di dalam daerah ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru