Wednesday, June 29, 2022

Kes lelaki jatuh dari bangunan  di Miri: Mati akibat dipukul objek keras

Secara Rawak

MIRI: Polis mengesahkan kes kematian seorang lelaki yang pada awalnya disyaki akibat terjatuh dari bangunan Pusat Komersial Boulevard Miri pada Khamis lepas merupakan kes bunuh.

Susulan itu,  menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu yang dipetik TVS, siasatan kes berkenaan diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau memberitahu, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Umum Miri mendapati terdapat kesan kecederaan teruk pada bahagian kepala lelaki itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.

“Polis telah merakamkan percakapan beberapa saksi dan hasilnya, kita mendapat maklumat seorang lelaki tempatan berbangsa Melayu dalam lingkungan usia 30-an merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa,”katanya.

Sehubungan itu katanya polis sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada pagi Khamis lepas, polis pada mulanya mengklasifikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru