Sunday, June 26, 2022

Ditahan selepas berkali-kali hubungi 911 minta presiden ditangkap

Secara Rawak

FLORIDA: Lelaki Florida menghadapi tuduhan menyalah guna talian 911 selepas dia didakwa membuat panggilan berulang kali meminta pegawai penguat kuasa undang-undang menangkap Presiden Joe Biden.

Jacob Philbeck, 29, ditahan selepas membuat beberapa siri panggilan ke sistem Pinellas County 911, meminta Biden ditangkap dan bekas raja dadah Joaquín “El Chapo” Guzmán dibebaskan, menurut laporan tangkapan yang diperoleh The Smoking Gun.

Polis berkata, Philbeck pada mulanya diberitahu “maklumat yang diberinya bukan situasi kecemasan” dan diberi amaran untuk tidak membuat panggilan 911 yang serupa.

Philbeck bagaimanapun tidak mengendahkan amaran tersebut dan dia menelefon polis sekali lagi dengan permintaan yang sama iaitu “Presiden Biden perlu dimasukkan ke dalam penjara”,
dan “El Chapo perlu dibebaskan.”

Selepas panggilan kali ketiga, Timbalan memutuskan melawat Philbeck sekitar 6 pagi.

Ketika mereka mengunjungi rumahnya, Philbeck menelefon 911, tetapi panggilan itu diputuskan sebaik sahaja melihat kehadiran polis di rumahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru