Saturday, June 25, 2022

Atlet pengsan terminum sanitiser

Secara Rawak

YAMANASHI: Atlet sekolah menengah di Jepun jatuh sakit selepas dia tersilap diberi sanitizer tangan untuk diminum.

Insiden itu berlaku semasa pertandingan perlumbaan berjalan kaki sejauh 5,000 meter di Yamanashi, Jepun.

Penganjur pertandingan dikatakan tersilap menuang sanitiser ke dalam cawan dan meletaknya di stesen minuman untuk atlet.

Menurut pihak pentadbiran sekolah, sanitiser itu disimpan di dalam botol tidak berlabel yang mungkin menyebabkan kekeliruan.

Seorang atlet muntah dan rebah selepas meminum sanitiser itu dan dia menarik diri daripada perlumbaan.

Manakala, dua lagi yang melihat mangsa pengsan meludah air itu dan meneruskan perlumbaan.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan pulih seperti sedia kala.

Pihak berkuasa atas arahan Gabenor Yamanashi, Kotaro Nagasaki memulakan siasatan terhadap kejadian itu, lapor Arynews.

Gabenor tersebut turut memohon maaf kepada ketiga-tiga mangsa dan anggota keluarga mereka akibat kejadian tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru