Sunday, June 26, 2022

Abang Johari yakin SUPP dapat bantu GPS menangi semua kerusi PRU-15

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi GPS Datuk patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menaruh keyakinan, keyakinan parti komponen GPS akan mempamerkan prestasi cemerlang dalam PRU-15 nanti.

“Dengan izin Tuhan, pada PRU-15 nanti, kita akan bekerjasama dan mungkin mampu untuk memenangi kesemua 31 kerusi yang ditandingi,” katanya lagi.

Dalam PRN-12 Sarawak pada 18 Dis, GPS memenangi 75 daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

Berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan SUPP ke-25 di sini semalam, Abang Johari yakin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mampu menang kesemua kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang.

Keyakinan beliau itu berikutan prestasi cemerlang SUPP bersama parti – parti lain dalam GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang lalu.

“Kenangan paling manis adalah apabila SUPP sapu semua kerusi di Miri, ambil semula Bintulu, Tanjong Batu dan juga Sibu,” katanya.

Semalam Presidennya, Datuk Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, SUPP bakal mempertahankan tujuh kerusi parlimen tradisi milik parti berkenaan.

Tujuh kerusi tradisi SUPP ialah Sibu, Lanang, Miri, Serian, Bandar Kuching, Stampin dan Sarikei.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru