Sunday, June 26, 2022

Tiada petunjuk baharu mangsa dibaham buaya di Kampung Kangka pada Op SAR hari ketiga.

Secara Rawak

LUNDU: Tiada sebarang penemuan baharu terhadap mangsa dipercayai hilang akibat dibaham buaya di Kampung Kangka, Jalan Sempadi, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini bersambung pada jam 10 pagi.

Katanya, pencarian merangkumi 1 Kilometer dari Hulu dan 3 Kilometer ke hilir lokasi mangsa dipercayai hilang.

“Operasi SAR pencarian diteruskan namun tiada sebarang penemuan.

“Operasi telah ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan bersambung pada keesokan hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu menerima makluman dari Balai Polis Lundu mengenai kejadian tersebut.

SAR diaktifkan pada jam 6.30 petang Khamis
dan pencarian dilakukan pada sekitar radius 1 kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Mangsa, 56, dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumah untuk aktiviti menangkap ikan.

Setakat ini, bahagian kepala mangsa yang ditemui.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru