Friday, July 1, 2022

Sertai program korban, akikah

Secara Rawak

MUKAH: Umat Islam yang ingin mengikuti ibadah korban dan akikah pada tahun ini boleh mendapatkan borang penyertaan di Masjid Setia Raja Mukah sempena Program Korban dan Akikah 1443H/2022M bersama Masjid Setia Raja Mukah. Tarikh tutup penyertaan pada 26 Jun ini.

Satu bahagian lembu termasuk kos pengurusan adalah RM950.

Borang penyertaan boleh didapati di pejabat masjid dan terhad kepada siapa datang dahulu dia dapat.

Hubungi Mohammad Hasbullah Abdullah di talian 019-8599735, Ismail Mawi (019-8887805), Jaafar Zaini (019-8595931) dan Jammie Andrew (013-8199015) untuk maklumat lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru