Saturday, June 25, 2022

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

Secara Rawak

PADAWAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Batu 13, Jalan Kuching-Serian, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari ketika mangsa, 46, dalam perjalanan dari Kuching menghala ke Serian.

Katanya, mangsa yang bergerak lurus dilorong kanan telah melanggar belakang kereta MPV dipandu wanita berumur 52.

“Akibat dari pelanggaran tersebut, motosikal bersama-sama penunggang terbabas ke bahu sebelah kiri jalan manakala kereta MPV sempat memberhentikan kenderaan dipandunya ke bahu sebelah kiri jalan.

“Impak daripada pelanggaran tersebut juga menyebabkan motosikal mangsa terbabas lalu mengheret mangsa dalam jarak lebih kurang 77 meter ke bahu sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan maut ditempat kejadian oleh petugas paramedik dan di bawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru