Friday, July 1, 2022

Ngabang Gawai dibenarkan

Secara Rawak

KUCHING: Ngabang (lawatan) dan rumah terbuka, sama ada di dalam atau di luar rumah, dibenarkan untuk perayaan Hari Gawai Dayak yang akan datang.

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) Jabatan Premier Sarawak dalam kenyataan prosedur operasi standard (SOP) terkini untuk sambutan Gawai Dayak kelmarin memaklumkan, walaupun dibenarkan, pengunjung digalakkan untuk memakai pelitup muka ketika tidak makan atau minum.

Ia juga memberi lampu hijau kepada perayaan pra-Gawai, upacara solat di rumah ibadat dengan kapasiti penuh, dan perhimpunan selepas solat.

Unifor, bagaimanapun memberi amaran bahawa individu yang bergejala atau diuji positif Covid-19 tidak dibenarkan menghadiri sebarang perhimpunan pada masa ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru