Friday, July 1, 2022

Mayat sepasang suami isteri dijumpai di dapur rumah di Serian

Secara Rawak

​​KUCHING: Mayat  sepasang suami isteri ditemukan di dapur  dipercayai dibunuh di sebuah rumah kongsi di ladang kelapa sawit di Serian, malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan (DSP) Aswandy Anis, mayat pasangan berkenaan  ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang pekerja ladang.

Katanya, terdapat kesan kecederaan pada bahagian tengkuk mayat wanita manakala suaminya mempunyai kesan kecederaan di leher.

Katanya, pekerja itu kemudian memaklumkan kepada ketua pengawal keselamatan dan dua polis bantuan ladang yang bertugas di Ladang Sawit WFM Melikin Serian kira-kira pukul 8 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mereka berdua merupakan warganegara asing berdasarkan dokumen yang dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

“Mayat kedua – duanya yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 47 tahun dihantar ke Hospital Serian untuk dibedah siasat,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 309 kanun sama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru