Friday, July 1, 2022

Dibuka untuk semakan 30 hari

Secara Rawak

KUCHING: Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi April 2022 telah dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 19 Mei hingga 17 Jun ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan kelmarin berkata, setelah diperakui dan diwartakan kelmarin (19 Mei), ia mengandungi nama 40,201 warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2022 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Manakala seramai 9,972 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 3,669 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

Beliau mendedahkan SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu menerusi Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https:// mysprsemak.spr.gov.my; Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov. my;

Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; Aplikasi mudah alih MySPR Semak; dan hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Sehubungan itu, SPR menggesa warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr. spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Ikmalrudin berkata, mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D dan hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2022.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN4/2022 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03- 8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru