Sunday, June 26, 2022

Debat dengan Najib: Steven Sim sedia ganti Kit Siang

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Steven Sim tidak bersetuju Lim Kit Siang diajak berdebat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Untuk itu, beliau mahu menggantikan tempat Lim Kit Siang untuk berdebat dengan Najib.
Hal ini, katanya adalah kerana pemimpin politik veteran itu telah bersara daripada politik, maka tidak lagi sesuai berdebat.

“Saya rasa tak perlulah saudara Kit Siang sambut benda ni. Dia kan dah bersara,” katanya.
“Kalau Najib benar-benar ikhlas nak debat, ayuh, saya sambut.

Dia ajak saudara Kit Siang debat dalam Bahasa Inggeris, ok saya on!

“Datuk Seri (Najib) dan saya, ‘we debate in English’. Masa dan tempat, Datuk Seri sila kemukakan. Macam mana? Jangan pula nak hantar orang lain,” katanya lagi melalui satu hantaran di Facebooknya.

“Najib nak debat, saya on. Nampaknya Anwar Ibrahim berjaya menginsafkan Najib pasal budaya berdebat.

“Saya masih ingat, dulu masa dia jadi PM, Najib kata debat bukan budaya kita. Sekarang lepas berdebat dengan Anwar, dia nak ajak saudara Kit Siang berdebat pula.

Semalam Najib melontarkan cabaran kepada veteran DAP itu untuk mengadakan perdebatan secara terbuka dengannya.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Najib dilihat kurang senang dengan tindak-tanduk Kit Siang yang saban hari menyerangnya, walaupun Ahli Parlimen Iskandar Puteri mengumumkan bersara daripada arena politik negara.

Pada 12 Mei lalu, Najib dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat mengenai isu Sapura Energy yang dilaporkan mengalami kerugian lebih daripada RM8 bilion.

Debat itu disiarkan secara langsung termasuk oleh Astro Awani.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru