Sunday, June 26, 2022

Cubaan bawa minyak bersubsidi tanpa lesen di Mukah tumpas

Secara Rawak

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Cawangan Mukah berjaya menumpaskan cubaan membawa minyak masak paket bersubsidi tanpa memiliki lesen atau dokumen yang sah dengan nilai anggaran RM637.50 pada pagi Jumaat.

Kereta pacuan empat roda Chevrolet Colorado LTZ yang digunakan untuk membawa minyak berkenaan turut disita menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM40,637.50

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den tangkapan dilakukan pada jam 10.40 pagi oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Mukah,

“Kita telah membuat satu tangkapan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa serta memiliki barang kawalan iaitu minyak masak paket bersubsidi tanpa memiliki lesen atau dokumen yang sah sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Dalam operasi tersebut, pihak pasukan Penguat Kuasa KPDNHEP Mukah telah menyita beberapa barangan iaitu minyak masak bersubsidi paket seberat satu kilogram sebanyak 255 paket,” katanya kepada Suara Sarawak.

Siasatan awal oleh KPDNHEP Mukah mendapati seorang lelaki bersama seorang pembantunya yang terlibat kedua-duanya ialah warga tempatan yang tidak memiliki sebarang lesen atau dokumen yang sah berhubung pemilikan barang kawalan tersebut.

Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sekiranya disabitkan kesalahan mereka boleh didenda bila melibatkan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit bagi setiap barang kesalahan yang dilakukan.

Sekiranya ia bukan melibatkan satu pertubuhan perbadanan, mereka akan didenda tidak melebihi satu juta ringgit bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.

Ujarnya lagi Penguatkuasa KPDNHEP akan terus sentiasa memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa untuk menangani ketirisan barang kawalan bersubsidi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru