Friday, July 1, 2022

SAR lelaki dibaham buaya bersambung esok

Secara Rawak

LUNDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mayat lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya di Kampung Kangka, Jalan Sempadi di sini bersambung esok.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi memasuki hari kedua hari ini ditangguhkan kerana tiada petunjuk baharu ditemui.

“Atas arahan pihak polis, operasi SAR hari kedua ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan akan bersambung pada keesokkan hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pencarian hari ini merangkumi 1 kilometer dari hulu dan 3 kilometer ke hilir lokasi mangsa dipercayai hilang.

Terdahulu, SAR diaktifkan pada jam 6.30 petang semalam dan pencarian dilakukan pada sekitar radius 1 kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Pasukan SAR berjaya menemui bahagian kepala mangsa.

Setelah itu, pencarian diteruskan sehingga jam 8 malam namun tiada sebarang penemuan berkenaan mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru