Sunday, June 26, 2022

Pindaan RUU Kanun Tanah pelihara kelestarian alam sekitar

Secara Rawak

KUCHING: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah 2022 memberi ruang kepada Kerajaan Sarawak untuk melipatgandakan usaha dalam memastikan kelestarian alam sekitar Sarawak kekal terpelihara.

Adun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, pendekatan itu selaras dengan langkah proaktif kerajaan yang bergerak aktif bersama dengan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangani isu global, perubahan iklim, stok karbon dan usaha ke arah karbon sifar.

Kelestarian alam sekitar katanya, bukan sahaja meliputi tanah, tetapi juga di bawah permukaan tanah meliputi mineral, fauna dan flora yang bergantung kepadanya selain ruang udara.

“Keperluan meluluskan rang undang-undang ini berupaya membangunkan polisi secara menyeluruh sekali gus melindungi tanah Sarawak. “Seperti yang kita maklum, Sarawak mempunyai undangundang tanah sendiri iaitu Kanun Tanah Sarawak yang telah dilaksanakan pada 1965 dan ia adalah berasingan dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” katanya dalam perbahasan bagi menyokong pindaan RUU berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, usaha menangani masalah alam sekitar bukan tanggungjawab kerajaan sematamata, sebaliknya perlu didukung bersama oleh seluruh masyarakat.

Malah ujarnya, penerokaan dan pelaksanaan perkhidmatan simpanan karbon juga perlu dipantaui agar boleh menarik pelanggan serantau berpotensi yang lain.

“Dengan lebih banyak perniagaan menentukan sasaran pelepasan sifar bersih, akan terdapat keperluan untuk pelaburan besar ke arah perangkap karbon dan penggunaan teknologi cekap tenaga untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG),” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru