Sunday, June 26, 2022

Pengantin perempuan lepaskan tembakan ke udara pada majlis kahwin

Secara Rawak

BIHAR: Video pengantin perempuan melepaskan tembakan ke udara semasa majlis perkahwinannya menjadi tular di media sosial dan menerima kecaman orang ramai dan netizen media sosial.

Dalam klip video terbabit, pengantin terbabit dibantu abangnya untuk melepaskan tembakan ke udara, manakala suaminya memandang mereka dengan senyuman.

Insiden itu menunjukkan sikap tidak prihatin dan cuai dari pihak pasangan itu menimbulkan kemarahan ramai kerana ia boleh menyebabkan tetamu yang hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada keluarga, rakan dan anak-anak kecil boleh kehilangan nyawa.

Netizen yang marah dengan tindakan mereka menggesa semua individu yang terlibat diambil tindakan undang-undang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru