Sunday, June 26, 2022

Manfaatkan posisi Sarawak sebagai ‘kingmaker’

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa untuk menggunakan kuasa sebagai kingmaker bagi meminda Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen berkata, perkara tersebut lebih baik berbanding hanya meminda Rang Undang-Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2022 berkaitan takrifan ruang udara dan spektrum.

“Cadangan saya ialah Kerajaan Sarawak perlu memanfaatkan kedudukannya sebagai kingmaker dan mempunyai menteri undang-undang dalam kabinet untuk mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Negeri kini mahu menggubal undang-undang mengenai perkara berkaitan penyiaran dan telekomunikasi tanpa wayar yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan, dan ia perlu dipertimbangkan dengan baik supaya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Adun Padungan itu juga kepada pemberita pada sidang media selepas sesi perbahasan RUU Kanun Tanah (Pindaah) 2022 semasa Persidangan Hari Kedua Penggal Pertama Dun Sarawak Ke-19 di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Chong menyatakan beliau tidak membantah RUU tersebut bagaimanapun masih keliru dan meminta penjelasan lanjut. Sehubungan itu, beliau menegaskan Kerajaan Sarawak tidak sepatutnya menggubal undang-undang tersebut di peringkat negeri disebabkan ia berkaitan dengan telekomunikasi yang sememangnya di bawah bidang kuasa Persekutuan.

Terdahulu, RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-undang MA63, Hubungan NegeriPersekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru