Sunday, June 26, 2022

Jiran berkelahi gara-gara tahi ayam

Secara Rawak

FLORIDA: Dua jiran yang tinggal di Taman Palm Haven Mobile Home di St. Petersburg, Florida, dikatakan bergaduh gara-gara seekor ayam perliharaan.

Menurut Uxpress, Christine Terman, 57, menjadi marah selepas seekor ayam milik jirannya, Lawrence Stenzel, membuang air besar di pationya.

Menurut laporan tangkapan, Terman kemudiannya “mengambil baldi yang dipenuhi air kencing dari bilik airnya” dan melemparkannya ke arah Stenzel.

Baldi itu mengenai muka Stenzel, “menyebabkan dia sakit” dan lebih teruk lagi “mangsa basah kuyup ketika kami tiba dan berbau air kencing,” kata laporan itu lagi.

Terman mengaku bersalah dan ditahan atas tuduhan jenayah salah laku.

Manakala teman lelakinya, Kevin Avery, 59, juga ditahan kerana mengugut Stenzel di hadapan pegawai polis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru