Tuesday, June 28, 2022

Wanita pengsan selepas gagal naik pesawat

Secara Rawak

DELHI: Video wanita yang tiba-tiba rebah di pusat pemeriksaan keselamatan selepas tidak dibenar menaiki penerbangan Air India tular di platform media sosial baru-baru ini.

Ia dikongsi di Instagram oleh pengguna bernama Vipul Bhimani, yang merupakan anak saudara wanita terbabit.

Klip video itu menunjukkan makciknya terbaring di lantai dan menurut Vipul, dirinya sendiri bersama-sama sepupunya dan ibu saudaranya yang merupakan pesakit jantung dan diabetes berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Indra Gandhi ketika insiden itu berlaku.

Vipul menjelaskan kelewatan itu disebabkan masalah teknikal di kaunter daftar masuk keselamatan.

Pengguna Instagram itu menyalahkan kakitangan lapangan terbang tersebut kerana tidak menyelesaikan masalah itu, malah memberi alasan ia bukan masalah mereka.

Vipul menambah mereka menghubungi Air India memaklumkan mereka menuju pintu masuk 32B, tetapi akan menaiki penerbangan selepas kelewatan lima minit kerana masalah kesihatan wanita itu.

Menurut Vipul lagi, sepupunya tiba di pintu masuk selang dua minit kemudian, tetapi pintu telah ditutup.

Situasi mencemaskan ini menyebabkan makciknya rebah kerana kebingungan.

Pekerja Air India juga tidak menyediakan bantuan perubatan.

Air India dalam kenyataannya berkata, video itu mengelirukan.

Dalam kenyataan mereka, penumpang diberitahu datang ke pintu masuk biarpun selepas ia ditutup.

Mereka mendakwa semasa kejadian, seorang doktor dipanggil merawatnya tetapi “penumpang mula berasa lebih baik apabila doktor tiba di tempat kejadian & menolak sebarang bantuan perubatan atau kerusi roda.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@the_time_travellerr)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru