Friday, July 1, 2022

Ustaz Abdul Somad disekat masuk Singapura

Secara Rawak

JAKARTA: Penceramah terkenal Indonesia Ustaz Abdul Somad disekat dan tidak mendapat kebenaran masuk Singapura.

Memetik Temo, Duta Indonesia ke Singapura Suryopratomo berkata, Abdul Somad dilarang masuk Singapura dan beliau diminta pulang ke Indonesia.

Suryopratomo tidak menjelaskan butiran lanjut sekatan itu dan beliau mengatakan kerajaan Singapuralah yang patut menjawabnya.

Abdul Somad turut menuntut kerajaan Singapura menjelaskan sebab kenapa beliau dilarang memasuki negara itu.

Beliau turut menunggu penjelasan kedutaan Singapura di Jakarta berhubung sekatan tersebut.

Abdul Somad dalam kenyataannya mengatakan kedatangan beliau bersama-sama ahli keluarga ke republik itu adalah bertujuan untuk bercuti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru