Friday, July 1, 2022

Tiga anak guru hasilkan buku

Secara Rawak

MUKAH: Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib kagum dengan bakat cilik di sini yang berjaya menghasilkan buku, didikan ibu yang juga seorang guru.

“Ketika program Hari Raya Aidilfitri di sini saya bertemu dengan Nordiyana Usop yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Penipah.

“Saya tertarik dan kagum dengan usaha beliau menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam bidang penulisan apabila tiga anak ciliknya telah menghasilkan buku bacaan kanak-kanak,” ujar Hanifah.

Mereka ialah Afif Jazimin, 12, Nuruljannah, 10, dan Harith Aziz, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Mukah.

Buku yang dihasilkan ialah “Terendak Igan” (Nuruljannah Aziz) dengan nama pena, Nuruljannah.

Ia mengisahkan Terendak Igan yang menjadi kebanggaan masyarakat Melanau di kampungnya.

Turut dihasilkan ialah “Majlis Belanggar Meja” (Afif Jazimin Aziz), dengan nama pena, Afif Jazimin.

Ia menceritakan tradisi di Igan, setiap kali menjelang Syawal.

Tradisi ini hanya ada di Igan. Selain itu, Muhammad Harith Abdullah Aziz pula menghasilkan buku “Pusak Ungu” yang mengisahkan imaginasi tentang kucing berwarna ungu.

Manakala adik Nordiyana Usop menghasilkan buku bertajuk “Auf Nak Terbang”, yang menceritakan Auf yang amat meminati kapal terbang.

Auf bercita-cita untuk menjadi juruterbang. Pembabitan mereka bermula tahun lalu selepas menyertai Bengkel Penulisan Buku Cerita Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh Sinaran Ilmu.

Mereka telah pun menghasilkan beberapa buah buku, termasuk Kaul Igan, Jaguh Padang, Explorasi ASK, Sedapnya Sagu, Pantai Igan, Jom petik Cili, Penulis Cilik, Macam-Macam Ada!, Koleksi Dinasour, Harta Karun, Hero & Putih dan Jom Makan Linut.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian: www.wasap.my/6019887532

1. Sementara itu, Hanifah terharu dan gembira dengan sambutan penduduk kampung di Dalat, Mukah, Balingian dan Igan sepanjang program Hari Raya Aidilfitri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru