Sunday, June 26, 2022

Sukan Sea 2022: Buda, Malvern tetap bangga

Secara Rawak

KUCHING: Dua jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak, Buda Ancah, 50 dan Dr Malvern Abdullah,47 tetap berpuas hati walaupun sekadar meraih pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA Ke-31.

Dalam keadaan kedua-dua atlet berpengalaman itu telah berusaha memberikan yang terbaik disebalik penampilan dalam kategori kegemaran masing-masing.

Buda yang juga pemenang tiga kali gelaran dunia (Mr World) meraih pingat perak dalam kategori 70 kilogram (kg) di temasya tersebut.

Menurut Buda, beliau telah berusaha memberikan yang terbaik namun segalanya tidak memihak kepada dirinya.

Sambil Dr Malvern Abdullah meraih dua pingat gangsa dalam kategori baharu disertainya, 65 kg serta kategori campuran menerusi gandingan bersama Shelen Aderina Kok.

“Tetap berpuas hati walaupun sekadar memperoleh pingat perak. Pada awalnya memang saya optimis untuk beroleh pingat emas,” katanya pada sidang media ringkas setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Dr Malvern juga turut berpuas hati dengan pencapaian peribadinya pada temasya kali ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru