Sunday, June 26, 2022

Satok perlu kawasan perumahan mampu milik baharu

Secara Rawak

KUCHING:  Datuk Ibrahim Baki berkata, dengan pertumbuhan populasi di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, ada keperluan untuk membangunkan kawasan perumahan mampu milik baharu bagi menempatkan penduduk dengan kos pemilikan rumah sedia ada yang melambung tinggi.

Katanya, ia termasuk melaksanakan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).

“Ahli Yang Berhormat Gedong, sewaktu mewakili DUN Satok, telah mengenal pasti kawasan Sungai Maong dan Segedup untuk membina kawasan perumahan mampu milik. Saya mohon agar pelaksanaannya dapat disegerakan demi kepentingan rakyat di kawasan Satok,” kata Ibrahim yang juga Ketua Whip GPS.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidangan DUN, hari ini.

“Dengan kawasan Satok berada di tengah bandar dan menjadi perantara bagi kawasan Petra Jaya dan bandar Kuching, sudah tentu juga salah satu masalah yang timbul adalah kesesakan lalu lintas. Ini terutamanya ketika waktu puncak,” katanya lagi.

Beliau yakin projek-projek pembangunan yang telah direncanakan serta projek-projek masa hadapan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dengan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati oleh warga Satok.

“Saya percaya kawasan Satok, dengan penghuni daripada pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah salah satu contoh perpaduan dan keharmonian di Sarawak. Saya berdoa dan harap nilai seperti bertolak ansur, hormat menghormati dapat kita kekalkan untuk generasi masa hadapan,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru