Friday, July 1, 2022

Sambut Hari Wesak, Hari Guru serentak

Secara Rawak

MUKAH: Persatuan Buddha Mukah (PBM) telah mengadakan upacara sembahyang khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) Chong Boon, Mukah pada Ahad lalu bersempena Hari Wesak dan Hari Guru.

Pengerusi PBM Ho Kian Eong berkata, pihaknya berbesar hati kerana telah diberikan kesempatan untuk meraikan dua hari bermakna tersebut.

“Pejabat Pendidikan Daerah Mukah melalui SJK (C) Chong Boon, Mukah telah meminta kita untuk mengadakan upacara tersebut.

“Upacara dilaksanakan pada sebelah malam dan segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhir,” katanya.

Turut hadir pada upacara adalah Guru Besar SJK (C) Chong Boon, Mukah Teo Ai Geok.

Selain itu, PBM turut menyerahkan angpau kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tutus Hilir Mukah.

Kian Eong berkata, sumbangan bertujuan untuk membawa sedikit kegembiraan kepada semua ahli keluarga terbabit setelah ditimpa musibah kebakaran pada 11 Syawal lalu. Sebelum ini pelbagai pihak juga turut telah tampil menghulurkan bantuan awal kepada keluarga dimaksudkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru