Friday, July 1, 2022

Premier: Media main peranan urus persepsi

Secara Rawak

KUCHING: Media memainkan peranan penting dalam mengurus persepsi terutama pada era hampir setiap orang mampu mendapatkan maklumat tanpa mengira kesahihannya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam soal ini, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menerima maklumat secara semberono menerusi media sosial.

Katanya, masalah komunikasi boleh wujud antaranya mesej yang disampaikan mungkin tidak boleh dipercayai sepenuhnya serta cenderung untuk bercanggah dengan fakta sebenar.

“Jika kita lihat, kesalahan tatabahasa boleh terjadi apabila berlakunya penterjemahan maklumat dalam talian.

“Ini bermakna, tugas media kini semakin mencabar kerana teknologi, niat serta mesej yang ingin disampaikan melalui proses yang rumit sehingga mendatangkan kekeliruan bagi mereka yang menerima maklumat tersebut,” katanya seperti dilapor TVS.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama warga media anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam tadi.

 Abang Johari turut menghargai peranan besar dimainkan media dalam penyebaran maklumat termasuk ketika negeri ini berdepan pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun tidak semua orang mampu menerima maklumat yang disampaikan dengan betul hingga menimbulkan fitnah,”katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru