Friday, July 1, 2022

Pihak sekolah kebumikan tengkorak sebagai penghormatan terakhir

Secara Rawak

BERLIN: Pelajar di sebuah sekolah menengah di bandar Schleiden di barat Jerman dengan perasaan sedih mengebumikan “anggota keluarga” yang sudah sekian lama berada bersama-sama mereka.

Anggota keluarga tersebut ialah rangka manusia atau tengkorak bilik darjah yang berkhidmat sebagai spesimen pendidikan sejak sekian lama.

Sekitar 80 pelajar, guru dan pegawai bandar mengambil bahagian dalam upacara pengebumian penuh bersejarah di tanah perkuburan Protestan Schleiden, apabila tulang wanita yang tidak dikenali itu dikebumikan dalam keranda kecil yang memaparkan simbol semua agama utama dunia.

Tengkorak yang digelar “Anh Bian” dalam bahasa Vietnam bermaksud “kedamaian misteri” dikatakan berada di jabatan biologi sekolah itu sejak 1952.

Pihak sekolah berharap mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang asal usul rangka itu sebaik sahaja keputusan sampel DNA yang diambil daripada tulang itu dikembalikan, lapor AP.

Pelajaran biologi di sekolah itu kini dijalankan menggunakan model plastik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru