Sunday, June 26, 2022

Ngabang Gawai dibenarkan

Secara Rawak

KUCHING: Aktiviti ngabang (ziarah) adalah dibenarkan pada sambutan Hari Gawai Dayak yang menjelang tiba, kata Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor), Jabatan Premier Sarawak.

Turut dibenarkan rumah terbuka atau majlis Hari Gawai dan pra Gawai.

“Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka dan kes positif COVID-19 tidak dibenar hadir atau menyertai program ziarah.

“Individu bergejala juga tidak digalakkan untuk menyertai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya sembahyang di rumah ibadat juga dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus, dengan syarat memakai pelitup muka.

Pada masa sama, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat juga dibenarkan.

“Kes positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat atau rumah terbuka, termasuk individu bergejala juga tidak digalakkan untuk menyertai,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru