Friday, July 1, 2022

Menteri BN lebih kurang bijak daripada menteri PH?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Benarkah menteri BN lebih kurang bijak daripada menteri PH?

Bagi menangkis dan menjawab  dakwaan pemimpin pembangkang DAP  Tony Pua bahawa Malaysia tidak mempunyai ‘menteri bijak’, seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) mengemukakan senarai 18 “kebodohan” menteri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil mempersoalkan sama ada Pua merujuk kepada kenyataan dan dasar yang dibuat oleh menteri PH.

Pada majlis kutipan derma DAP di Petaling Jaya malam tadi seperti dilaporkan media, Pua mendakwa Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua.

Bagaimanapun, beliau mengakui  “menteri yang tidak bijak” juga terdapat dalam kabinet PH tetapi mendakwa “menteri BN lebih kurang bijak”.

Isham menyenaraikan 18 perkara dilakukan PH selama 22 bulan mentadbir negara. Senarai itu tular sejak awal pagi ini.

Ini termasuk gesaan bekas menteri industri utama ketika itu Teresa Kok supaya rakyat minum satu sudu minyak sawit sehari untuk awet muda.

Melalui hantaran di Facebooknya, Isham turut menyenaraikan bantuan RM30 yang diumumkan oleh  menteri kewangan  PH Lim Guan Eng dan pengenalan kereta terbang oleh bekas menteri pembangunan usahawan Datuk Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurut beliau  secara sinis ‘kejayaan besar’ bekas menteri pendidikan Maszlee Malik ialah menukar penggunaan kasut sekolah berwarna putih kepada hitam.

PH telah mengemukakan banyak janji melalui manifesto tebalnya, tetapi di mata rakyat, ia gagal ditunaikan.

Namun, PH antara lain berjaya menghapuskan GST dan menggantikannya dengan SST.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru