Friday, July 1, 2022

Kediaman dua tingkat musnah dalam kebakaran di Sri Aman

Secara Rawak

SIMANGGANG: Sebuah kediaman dua tingkat dengan struktur binaan separuh kekal di Kampung Hilir Sri Aman musnah dalam kebakaran, pagi ini.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman, Ramlan Marajan, rumah tersebut disahkan terbakar 100 peratus.

“Apabila dimaklumkan kira-kira 7.15 pagi, sepasukan anggota diketuai Ketua Bomba dan Penyelamat Sri Aman William Baheng terus digegaskan ke lokasi.

“Api berjaya dikawal, namun rumah dua tingkat berkeluasan 30 x 50 kaki itu telah musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Insiden bagaimanapun disahkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pasukan bomba dan penyelamat katanya bertindak memadam menggunakan salur bantu mula satu aliran.

Seterusnya, membuat satu aliran 200 kaki dua nozel serta satu aliran 300 kaki satu nozel menggunakan punca air daripada pili bomba berdekatan, kira-kira 30 meter.

Operasi tamat 8.29 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru