Sunday, June 26, 2022

Ibrahim Baki cadang pusat inkubasi ditubuhkan di Satok

Secara Rawak

KUCHING:  Adun Satok, Datuk Ibrahim Baki (GPS-Satok) mencadangkan agar sebuah pusat inkubasi untuk generasi muda memulakan perniagaan atau digital ‘start-up’ ditubuhkan di kawasan Satok.

Menurut beliau yang juga ketua Whip GPS, dengan mengambil kira  masa hadapan kawasan itu, adalah perlu bagi modal insn terus dibangunkan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat secara khususnya dan ekonomi Sarawak secara amnya.

Jelasnya, kawasan Satok dipenuhi dengan pejabat korporat, bank dan institusi kewangan yang lain, termasuk Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata, dengan siapnya Hikmah Exchange di Jalan Haji Taha, akan bermastautinlah pejabat-pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Dengan fokus kepada keusahawanan yang inovatif yang kian dipelopori oleh generasi muda kini, adalah perlu untuk kita menyediakan satu pusat inkubasi bagi mereka memulakan perniagaan atau digital ‘start-up’ mereka.

“Ini penting untuk perniagaan mereka dikembangkan ke tahap seterusnya dan untuk membantu menyelesaikan isu peniaga yang tidak memiliki premis perniagaan untuk didaftarkan,” katanya.

Ibrahim menyatakan demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidangan DUN, hari ini.

Kata Ibrahim lagi, ia juga sejajar dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 di mana Pembangunan Modal Insan merupakan salah satu daripada tujuh pemboleh ubah untuk membangunkan sektor Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru