Sunday, June 26, 2022

Destinasi pelaburan kompetitif

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu mengkaji dan menambah baik pengurusan pelabuhan laut dengan penggunaan inovasi dan menerima pakai teknologi baharu. Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud berkata, ia bagi menambah baik ekosistem dan memastikan Sarawak akan menjadi destinasi properdagangan dan propelaburan.

“Saya yakin dengan pembangunan infrastruktur moden yang kita ada, Sarawak akan menjadi destinasi pelaburan yang kompetitif di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak Ke-19 di kompleks Dun Sarawak, di sini kelmarin.

Tun Taib menambah memandangkan ekonomi Sarawak adalah ekonomi terbuka, pelabuhan laut memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan barangan.

Katanya, ini akan meningkatkan perdagangan dan menyokong rantaian bekalan makanan.

Selain itu, Taib berkata Kerajaan Sarawak hendaklah memberi penekanan segera untuk menangani projek infrastruktur dan telekomunikasi yang lewat bagi memastikan penyampaian tepat pada masanya.

Katanya, pembangunan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya, penyediaan bekalan air dan elektrik serta menaik taraf jambatan akan mempercepat pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan usaha Kerajaan Sarawak untuk terus menyediakan sistem pengangkutan yang cekap ke pusat-pusat ekonomi utama di Sarawak, yang menggunakan teknologi pelepasan karbon rendah dan mengguna pakai penyelesaian digital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru