Sunday, June 26, 2022

Boleh adakan rumah terbuka Gawai Dayak

Secara Rawak

KUCHING:  Jika dua tahun bertutur-turut masyarakat Dayak tidak dibenarkan mengadakan rumah terbuka, namun dengan trend kes jangkitan yang menurun dengan ketara, penganjuran rumah terbuka sempena sambutan Hari Gawai pada tahun ini dibenarkan.

Menurut Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) melalui satu kenyataan media hari ini, aktiviti ziarah atau ngabang turut digalakkan sempena perayaan berkenaan.

Namun demikian,  jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan protokol sambutan Hari Gawai yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Bagi sambutan pra-Gawai, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka ketika tidak menjamu selera manakala bagi individu yang bergejala dan tidak lengkap vaksinasi, mereka tidak digalakkan menyertai sambutan itu,”jelasnya lagi.

Bagi sembahyang di rumah ibadat pula, aktiviti berkenaan dibenarkan menggunakan 100 peratus kapasiti ruang dengan memakai pelitup muka sekaligus mengelak 3S (crowded, confined, close).

“Sebaliknya orang ramai dinasihatkan mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), sangat digalakkan memakai alat topeng muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan amaran (warn),” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru