Tuesday, June 28, 2022

Separuh Jalan Tun Jugah ditutup

Secara Rawak

KUCHING; Separuh jalan di Jalan Tun Jugah di sini akan ditutup bermula Isnin lalu hingga 30 Mei ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataan menyatakan penutupan jalan itu hanya akan dilakukan semasa kerja-kerja penyelanggaran di tapak bagi memberi ruang jentera berat melaksanakan kerja.

“Laluan jalan raya akan dibuka semula sekiranya kerja penyelanggaran dapat disiapkan awal bagi melancarkan pergerakan trafik,”kata JKR.

JKR menasihati pengguna jalan raya supaya memberi kerjasama dan sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan yang telah disediakan di laluan yang terlibat.

Pengguna jalan raya juga dinasihati supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti sepanjang tempoh tersebut.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik di kawasan penyelenggaraan, pengguna jalan raya boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Kuching 082-203400 dan DAL HCM 011-51620097 pada waktu pejabat

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru