Friday, July 1, 2022

Pengutip kotak maut dirempuh pacuan empat roda

Secara Rawak

SARIKEI : Seorang pengutip kotak maut selepas dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux ketika melintas jalan di Jalan Repok di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Ting Chin Wong, 73.

Katanya, insiden kira-kira jam 6.50 petang itu berlaku ketika pemandu hilux berusia 50 tahun terbabit dalam perjalanan dari Jalan Bulat menghala ke pusat bandar Sarikei.

“Namun, sejurus tiba di kilometer tiga Jalan Repok, pemandu hilux melanggar mangsa yang tiba-tiba melintas jalan menyebabkan lelaki warga emas itu terpelanting ke atas hilux lalu jatuh ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi.

Akibat pelanggaran itu, pacuan empat roda itu mengalami kerosakan di bahagian cermin hadapan retak dan pecah lampu besar di bahagian hadapannya.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian katanya, polis mendapati mangsa disyaki memberhentikan motosikalnya sebelum menuju ke tengah jalan untuk mengambil selonggok kotak yang dipercayai terjatuh di atas jalan semasa membelok ke Jalan Punai,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, pemandu hilux dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru