Friday, July 1, 2022

Mendebarkan, pengguna jalan selamatkan pemandu wanita pengsan

Secara Rawak

WEST PALM: Satu insiden mencemaskan berlaku di simpang lampu isyarat dan pengguna jalan secara spontan bekerjasama mengatasinya.

Tindakan pantas mereka dirakamkan CCTV lokasi di situ mendapat pujian netizen media sosial selepas video tersebut tular.

Video tersebut disiarkan di YouTube oleh Jabatan Polis Boynton Beach (BBPD).

Video itu bermula dengan kereta wanita itu perlahan-lahan memasuki persimpangan lalu lintas di Congress Avenue selepas lampu bertukar warna merah.

Seketika kemudian, rakan sekerjanya, yang secara kebetulan memandu di sebelah kereta mangsa kelihatan berlari keluar dari keretanya sambil melambai tangannya menarik perhatian pemandu lain.

Melihat wanita itu berlari di atas jalan meminta bantuan, beberapa pemandu keluar kereta dan bekerjasama memberhentikan kenderaan lain yang bergerak di kawasan berkenaan.

Menurut polis, rakan sekerja itu melihat wanita terbabit ” jatuh tersembam” di stereng keretanya.

Video itu selanjutnya menunjukkan wanita mengambil peralatan dumbbell dari keretanya dan menyerahkannya kepada lelaki untuk memecahkan tingkap bahagian penumpang kereta itu bagi mengeluarkan rakannya yang pengsan.

Pada penghujung video, beberapa orang dilihat masuk ke dalam kereta dan memeriksa keadaan wanita itu sebelum menolak keretanya ke tempat parkir restoran 7-Eleven.

Di situ jururawat sedia menunggu memberi rawatan perubatan kepada mangsa yang kemudiannya dibawa ke hospital.

Selepas insiden tersebut, CBS12 News kemudian menghubungi wanita itu, yang mereka kenal pasti sebagai Laurie Rabyor, penduduk West Palm Beach.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu saya pada hari tersebut.

“Rabyor meminta bantuan polis mengumpul insan prihatin yang membantunya pada hari tersebut kerana dia mahu berjumpa mereka semua.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru