Sunday, June 26, 2022

Hospital Sri Aman beroperasi Ogos ini

Secara Rawak

KUCHING: Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu bahawa Hospital baharu Sri Aman akan beroperasi Ogos ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang berkata, hospital itu menempatkan empat kepakaran perubatan yang berbeza seperti perubatan dalaman, Paediatric, Obstetrics dan Gynaecology dan Psikiatri sedang dinaik taraf menjadi Hospital Pakar Kecil.

Apabila hospital itu beroperasi nanti,  terdapat tiga penambahan kepakaran akan diwujudkan iaitu pembedahan am, orthopaedics dan anaesthesiology.

“Secara fizikal hospital baharu ini sudah siap sepenuhnya dan sudah berada di fasa pemeriksaan akhir, percubaan dan pelaksanaan yang sedang kita jalankan.

“Hospital ini akan siap sepenuhnya pada penghujung Ogos depan.” katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab soalan d ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mengenai perancangan untuk menempatkan doktor pakar di Hospital Sri Aman dan menaik taraf jenis perkhidmatan klinik kerajaan serta menyediakan Pusat Dialisis di kawasan DUN N28 Lingga, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 hari ini.

Kata Tiang, Klinik Kesihatan Lingga turut dinaik taraf melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru