Friday, July 1, 2022

Undi18: Peningkatan jumlah pengundi di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah pengundi di Sarawak kini adalah  lebih 1.9 juta, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Angka ini katanya adalah selepas 675,077 pengundi baharu mendaftar berikutan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dilaksanakan

Ini katanya, adalah berdasarkan statistik didedahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa taklimat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak di Kompleks DUN pada 16 Mei lalu.

“Terdapat peningkatan jumlah pengundi di Sarawak iaitu 675,077 dalam suku keempat 2021 menjadikan jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di negeri ini kini 1,927,750 setakat 31 Disember 2021.

“Sebelum suku keempat 2021, jumlah pengundi di Sarawak ialah 1,255,113,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dr Sim juga memaklumkan 310,391 atau 45.2 peratus pengundi baharu yang mendaftar terdiri daripada mereka yang berumur 21 hingga 29 tahun, diikuti kumpulan berusia 18 hingga 21 tahun ((143,609 atau 20.9 peratus) dan 30 hingga 39 tahun (132,022 atau 19.23 peratus).

Senadin menyaksikan peningkatan   daripada 34,274 pengundi kepada 67,904 pengundi ; Tupong daripada 26,120 kepada 51,335 pengundi; Lambir daripada 19,911 kepada 38,277; Dudong daripada 35,061 kepada 52,062; Kota Sentosa daripada 28,355 kepada 45,422 pengundi.

Batu Kawa daripada 20,719 kepada 37,765; Pantai Damai daripada 20,578 kepada 37,527 pengundi; Batu Lintang daripada 29,735 kepada 46,150; Pujut daripada 27,593 pengundi kepada 43,774 pengundi dan Samariang daripada 21,438 pengundi kepada 37,609 pengundi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru