Friday, July 1, 2022

Taib: Kerajaan Sarawak komited sediakan infrastruktur asas

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak hendaklah memberi penekanan segera menangani projek infrastruktur dan telekomunikasi yang lewat bagi memastikan penyampaian tepat pada masanya, kata Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Saya gembira kerana agensi pelaksana akan menyegerakan pelaksanaan projek infrastrukutur yang tertangguh akibat Covid-19 supaya rakyat dapat menikmati faedahnya.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini.

Taib turut mengalu-alukan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan ke pusat-pusat ekonomi utama di Sarawak yang akan menggunakan teknologi pelepasan karbon rendah dan mengguna pakai penyelesaian digital.

“Memandangkan ekonomi Sarawak adalah ekonomi terbuka, pelabuhan laut memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan barangan.

“Ini akan meningkatkan perdagangan dan menyokong rantaian bekalan makanan,” jelas beliau.

Pengurusan pelabuhan laut Sarawak juga perlu dikaji serta ditambah baik dengan penggunaan inovasi dan menerima pakai teknologi baharu.

Beliau berkata Kerajaan Sarawak sangat komited menyediakan infrastruktur asas dan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

“Pembangunan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya, penyediaan bekalan air dan elektrik, menaik taraf jambatan akan mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat,’ katanya,

Beliau juga  berbangga dengan pencapaian Sarawak yang kini berada di barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Asia Tenggara.

Beliau  berkata ekonomi hidrogen ini akan menjadi penyumbang besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak dan mengurangkan kebergantungan kepada industri tradisional.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru