Friday, July 1, 2022

Mahathir ancam saman Zahid

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam hendak menyaman Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai orang Melayu.

“Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.

“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau  menyifatkan kenyataan Zahid sebagai “memualkan”.

Sambil mengaku mempunyai darah India, Mahathir menegaskan namanya dalam kad pengenalan menggunakan bin, bukan anak lelaki.

“Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.

“Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum merdeka dan kami semua beragama Islam.

“Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir menyifatkan Zahid sebagai seorang pembohong tegar. Kata ahli parlimen Langkawi itu, tujuan Zahid membangkitkan isu kad pengenalannya sewaktu kempen pilihan raya umum ke-14 adalah untuk memburukkan dirinya.

Kata Pengerusi Pejuang itu, Zahid juga menggambarkan seolah-olah dia menipu mengenai status bangsanya.

“Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

“Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru