Friday, July 1, 2022

Lelaki gelandangan maut ketika berlindung di dalam tong sampah

Secara Rawak

HELENA: Seorang lelaki yang menggunakan tong sampah kitar semula untuk berlindung dari kesejukan terbunuh selepas kontena itu diambil oleh trak sampah, kata Jabatan Polis Helena.

Mayat lelaki tersebut yang merupakan gelandangan ditemui dalam koleksi kadbod kitar semula oleh pekerja Pacific Steel & Recycling di Helena.

Clark County Sheriff Leo Dutton memberitahu Independent Record, mangsa di kenali sebagai Jacob Daniel Garza berusia 24 tahun dari Utah.

Penyiasat percaya Garza “memanjat ke dalam tong kitar semula untuk menghangatkan badannya pada waktu awal hari tersebut,” kata polis Helena.

Pemandu lori sampah memberitahu dia tidak menyedari Garza berada di dalam tong kitar semula.

Garza meninggal dunia akibat terkena pukulan benda tumpul namun tidak membabitkan perbuatan jenayah, kata Dutton lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru